Author Archives: CikguSila

Keputusan SPM 2010

Salam 1Malaysia,

Alhamdulillah, semalam dah berakhir satu penantian. Selepas berhempas pulas, bertungkus lumus akhirnya terjawab segala penantian.
Tahniah buat semua pelajar2 yg mendapat cemerlang tertinggi dalam keputusan SPM 2010.
Buat pelajar2 cgu, tahniah… keputusan yg diperoleh terimalah dengan hati yang terbuka dan redha. Kamu semua dah memberi sumbangan yang baik dalam meningkatkan prestasi akademik sekolah. GP meningkat kepada 1.5..

Bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Ini tahun kedua, GP menurun kepada 1.49. Cikgu terima keputusan ini dengan hati terbuka dan redha. Cikgu tahu semua pelajar dah buat yang terbaik. ;)
Kepada yang tidak berjaya teruskan perjuangan seterusnya…

Gred A+ : 20.34%
Gred A : 50.85%
Gred A- : 13.56%
Gred B+ : 6.78%
Gred B – E : 1.69%

Pelajar2 yang mendapat semua A ; 5B = 14 orang, 5C = 16 orang, 5D = 3 orang, 5J = 2 orang, 5M = 5 orang, 5U = 7 orang dan 5W = 5 orang

Kepada semua esp tn hj kamaludin, en roslan, ust nordin, en tohit, dan rakan2 guru (tak lupa juga guru2 muda)… TAHNIAH!!!

Pelajar-pelajar Akaun SAS SPM2011

Salam Kasih Sayang dan Salam 1Malaysia,

Pelajar-pelajar SAS yang akan menduduki SPM Prinsip Perakaunan tahun 2011 secara rasmi adalah seperti berikut :

5 BESTARI

ABDUL HAKIM B MOHD MUSHIN, ABDUL HAKIM B. MOHD ROSAIDI,       AHMAD FAISAL BIN YAACOB,       AHMAD HAKIMIE B. MOHAMMAD,       AMIR HASSAN B. AZMI ,AMMAR YUSRI B. AHMAD PHESAL, AZIM ADZHAR BIN ABDUL AZIZ,       AZIQ B. TARIQ,       IBENU HIBBAN MAULA IBENIN HAJAR,       IDDIN ZUL HAKIM B. AHMAD ZULKARNAIN,       ILYAS B. ABDUL RAZAK,       KHAIRAN NURNASHRIQ ADDHAQHILY,       KHAIRUL ADLAN B. RUJHAN,       LUQMAN WAFIY B. ADNAN,       LUQMANUL HAKIM B. ABDUL KHARIS,       MOHAMAD FARID AFIQ B. NASIR,       MOHAMAD NUR AZRIN B. MOHD NOR,       MOHAMMAD MUNQEEZ SYAHMI B. OTHMAN,       MOHD FAKHRU RIDWAN B. MOHD AZMI,       MOHD IRFAN BIN ROZALI, MUHAIMIN B. ZAKARIA,       MUHAMAD AILWAN IZZAT B. OMAR,       MUHAMAD NASAIE BIN MOHD ABDUH,       MUHAMMAD AFI ZAKWAN B. MOHD KHAIDZIR,       MUHAMMAD FADRUL B. JAMALUDEEN,       MUHAMMAD FARIS AFIQ BIN MOHD. AZMI, MUHAMMAD IRFAN FAIZ B. MOHD ANNUAR, MUHAMMAD ZAKWAN NAIM B. SUHAIMI,       NOR ARIF ALIF B. AHMAD, WAN AHMAD SYAUQI BIN WAN ABDUL RAHIM.

 

5CITA

AHMAD FADZIL MUSLIM MOHAMAD ZIN,       AKMAL ABDUL RAHIM BIN ABDUL MUN`IM,       AMAR B. ZAMRI,       AMIRUL HAZIM B. NAZAR,       FAHMI ANIS B. BUSTAM,       FUAD BIN OMRAN,       HARIZ ASNAWI B. MUHAMMAD NIZAM,       IKMAL HAZRUL BIN IKMAL HISHAM,       KAMAL ALIQ B. MOHAMMAD ALI,       KHAIRUL AKMAL BIN MUSLIMIN,       MOHAMAD HAZWAN B. MOHD GHAZALI,       MOHAMAD NIZAMUDDIN BIN MOHAMAD NORDIN,       MOHAMAD RIZWAN B. SOFYAN,       MOHAMAD SHAFIQ BIN MAZLAN ABDUL GHANI,       MOHAMED SHAIK FIRDAUS BIN MOHAMED SHAIK JAMALUDIN,       MOHAMMAD HASIF-IRFAN BIN SHAMSIR ADLAN,       MOHD ARIF FAHMI BIN ROSLI,       MUHAMAD FAIZAL BIN MOHD,       MUHAMAD IZRUL ZAHIN BIN MAHAMAD REZALI,       MUHAMMAD ADHAM BIN ABDULLAH,       MUHAMMAD AMIRUL AZAMUDDIN B. MUHAMMAD AZMAN,       MUHAMMAD FITRI B. ZAINAL,       MUHAMMAD IQBAL HAMDI BIN ZOLKIFLE,       MUHAMMAD NAZMI B. AHMAD,       MUHAMMAD SYARIZMI B. ABDULLAH ZAWAWI,       MUHAMMAD ZAFRI B. MOHD ZAKI,       MUHAMMAD ZAKI HILMI BIN  ZAINAL ABIDIN,       MUHAMMAD ZHARIF BIN ZAINAL ABIDIN,       MUHD SYAZRAIN RAHMAN BIN ABD RAHMAN,        WAN AHMAD AZIM B. WAN MOHD YUNUS,       WAN MOHAMAD FAIRUZ BIN WAN MOKHTAR,       ZAWEER ZAKWAN ZULKIVLY B. ZULKEPLI.

 

Semoga peluang yang diberi digunakan dengan sepenuhnya dalam merealisasikan impian diri sendiri dan sekolah.

“Whatever i Believe, i will Achive”

i LOVE Account!!!

9 DISEMBER 2010 : PRINSIP PERAKAUNAN

Salam Kasih Sayang,

Hari ni dah masuk bulan Disember. Bermakna peperiksaan Kertas Prinsip Perakaunan SPM tinggal beberapa hari je lagi. Boleh dibilang dgn jari.. (8 hari)

Ramai yang sms.. email.. call cgu tanya tips akaun ada tak utk SPM ni.. cgu memang tak tau soalan apa keluar pada tahun ini.. tetapi apa yang boleh dibuat untuk persediaan cgu boleh kongsi dengan semua pelajar…

Kertas 1 :

Nasihat cgu .. kuasai setiap teori dalam setiap topik dengan baik.. konsep dan prinsip faham dengan jelas. semua bab Tingkatan 4 dan 5.. baca dan faham dengan jelas dan tepat..

Kertas 2 :

Kalau nak dapat A+ … kuasai keseluruhan topik dgn baik.. sebab kita tak tahu apa soalan yang akan keluar.. apa jua soalan yg keluar kita dapat jawab dgn baik jika kita kuasai dengan baik…

cuma di sini cikgu nak kongsi berdasarkan kepada soalan percubaan yang cgu terima sebanyak 18 set.. apa yg blh disimpulkan adalah seperti berikut :

Analisis tajuk yang keluar dalam trial SPM 2010 adalah seperti berikut : Download la kalau nak tgk.. Klik di sini

1. Soalan 1 : Dokumen sumber ; kuasai dengan baik perniagaan yang baru memulakan perniagaan atau dah lama jalankan perniagaan.
2. Soalan 2 hg 6 : Kuasai anchor Item (RTL, kawalan, kelab, perkongsian n ak penamat).. belajar semua bab semasa belajar.. kuasai kelima2 bab dgn baik.. sebab LCCI suka soalan yg mencabar.. kelima2 bab ada perkaitan dengan Akaun Kawalan, Rekod Tak Lengkap dan Akaun Penamat…
3. Ikutkan analisis trial bab yg banyak keluar Rekod Tak Lengkap, Perkongsian, Belanjawan Tunai, Tafsiran Penyata Kewangan, Kelab dan Persatuan, Akaun Pengeluaran. (paling banyak Perkongsian.. so belajar perkongsian sampai pandai)
4. Bab persamaan perakaunan, pelarasan, buku tunai runcit, syarikat berhad, penyata penyesuaian bank, TPM dan pelarasan juga mesti dikuasai dengan baik.

Kalau tahun lepas yg tepat ialah Putrajaya (negeri cgu ni.. ;) .. apapun kebetulan).. tapi tahun ni yg menjadi ukuran cikgu ialah negeri Selangor dan KL….. banyak2 soalan cgu buat.. neg selangor pelik skit.. ;) agaknye kot.

apapun kalau pelajar dapat jawab semua soalan trial SPM 2010 .. 18 set .. cgu yakin pelajar semua dapat menjawab dengan baik semasa menduduki peperiksaan prinsipperakaunan.. ;).. dan keputusan SPM Prinsip Perakaunan mesti A+… Amin… Good Luck !!!

Good Luck SPM 2010!!!

Salam Kasih Sayang,

Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar yang akan mengambil SPM tahun ni yang bermula esok 23 November 2010…

Kerja Rumah Semasa Cuti Akhir Tahun

Salam 1Malaysia dan Salam Kasih Sayang…

Seronok rasanya dah bercuti kan. Dapat bercuti ni gunakan lah masa sebaiknya. Buat perkara-perkara yang berfaedah. Seperti dijanjikan akhirnya cgu berjaya menyiapkan kerja rumah Prinsip Perakaunan untuk semua pelajar cgu. (5B dan 5C 2011).

Dapatkan kerja rumah di sini.

KERJA RUMAH SEMASA CUTI AKHIR TAHUN 2010

Nasihat cgu semasa buat kerja rumah ni. Buat lah dengan penuh kasih sayang dan cintakan ilmu akaun ni seikhlas hati masing2. Cgu percaya kalau semua ikhlas semasa buat kerja rumah ni nanti mudah mempelajari topik2 seterusnya semasa tingkatan 5. ;)

Ada lagi kerja rumah fasa kedua… Penyata Kewangan pulak… boleh kan.. ;)

Cuti Sekolah Akhir Tahun

Salam Kasih Sayang…

Hari ini Mesyuarat Profesionalisme Guru yang terakhir bagi tahun 2010. Sekejapnya masa berlalu. Hari Jumaat ni hari terakhir persekolahan. Ni yang best sebab cuti awal. tapi cgu tak boleh cuti lagi sebab banyak report yang perlu disiapkan sebelum cuti akhir tahun.

Kepada semua pelajar cgu, Selamat bercuti diucapkan. sampaikan salam buat ibu bapa masing2. Semasa cuti ni jangan lupa jaga diri baik2, jaga kesihatan.. Buat ulangkaji bagi semua mata pelajaran esp Prinsip Perakaunan. Fikir semasak2nya. Buat yang terbaik. ;)

Salam 1Malaysia

Salam 1Malaysia dan Salam Kasih Sayang,

Selamat datang ke blog Prinsip Perakaunan Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Putrajaya. Blog ini bertujuan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM khususnya pelajar-pelajar SAS dan perkongsian ilmu kepada semua guru-guru dan pelajar-pelajar tidak kira di mana jua berada. >3